Final Year GiveAway By TehaaNFM&AmminZONE






Ha!! Pertama Sekali Aku Nak Mintak Maaf Sebab Dah Lama Gila Tak Update,Ok Balik Ke Tajuk Asal Aku Dengar Cerita Ammin &Tehaa Telah Menggadakan Final GiveAway,Rasanya Ini GiveAway Yang Pertama Yang Dibuat Oleh Ammin (kalau betul la),Kalau Korang Rasa Berminat Nak Join Korang Boleh La Pergi Ke Blog Ammin & Tehaa,Rasanya Ini GiveAway Yang Terakhir Bagi Tahun 2012,Ok Lah Malas Pulak Nak Taib Panjang-Panjang ,Ok Lah Bye,Ops Lupa Kepada Budak-Budak Yang Nak Masuk Sekolah Tak Lama Lagi SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH,Ok Bye Assalamualaikum

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Doa Kan Shah Ok :D

       Assalammualaikum...
dan salam terakhir raya,
dalam diam-diam kita dah nak tinggal kan bulan syawal yang mulia ni,terus terang Shah cakap 
Shah rasa tahun ni masa berlalu dengan sungguh pantas serperti kereta F1 *cehh lebih2 pulak Shah ni kan? :) 
mana tidaknya puasa hari tu pun memang rasa laju semacam je masa berjalan,,mungkin ni semua akibat dengan perubahan semasa kot?(mungkin),ok lah kita street to the point sebenarnya kalau korang perasan blog Shah yang dulu hijau dah bertukar coklet ala kaju sikit,mula2 Shah ni mals sebenarya nak edit blog, ni semua pun kak Tehaa yang tolong edit kan maklum la Shah ni bodoh sikit bab2 link2 ni :) by the way cantik la sikit blog Shah ni :),tahun ni Shah nak menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)



serious Shah ckp Shah memang takut gila nak amik periksa ni,,Shah sebnarnya nak mintak jasa baik abang2 and kakak2 bloger sekelian untuk doa kan Shah berjaya menduduki peperiksaan ni dengan tenang,maklum la Shah tinggal tak sampai sebulan  je lagi untuk belajar,sebenarnya Shah ada jugak rasa cpat2 la PMR ni tiba,mana tidaknya balik sekolah je kerja rumah tinggi dah mcm gunung,


memang bersepah betul bilik Shah dengan keratas2 soalan,kertas SAINS,MATH,BI,BM,PI,GEO pehh banyak gila lah,tu belom masuk kerja kat sekolah lagi,fuhh kalau di campurkan ,memang banyak gila lah,ok lak korang Shah dpt Update sampai kat sini je,,sebab Shah nak sambung wat kerja ni,Shah harap Kakak2 and Abang2 bloger dpat doa kan Shah berjaya ok :) ok lah bye 

 Assalammualaikum...


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

FeNoMeNa Oppa GaNGNaM StyLe


                                                 Assalammualaikum...
rasanya semua pun tahu mengenai fenomena Oppa Gangnam Style ni..
awalnya aku x ambik tau pun pasal benda ni sume..cuma bila setiap kali aku online facebook mesti ada org yg update status  tajuk Oppa Gangnam Style ni..so aku pun terfikir amendalah benda ni sampai jdi trending tuh..tapi aku mmg dh agak dh benda ni mesti ada kena mengena dengan Korea ni sebab ada perkataan Oppa tuh kan haha..jadi bila dh tgk kat You Tube baru la den faham...haha first time tengok video klip tuh. mmg nak tergelak..mmg giler laaa dgn tarian gitu hahaha..ramai giler yg view video ni kot..sekarang ni dah cecah sebanyak 73,139,068 views...mak aii..mmg fenomena laa..x pasal2 penyanyi ni jadi famous satu dunia..haha..di sebab kan satu lagu ni je aku dah rasa mcm menyampah gan lagu korea,enth ape2 tah,,tarian dah la mcm ala2 sex pun ada mcm naik kuda pun ada,sampai sekarang ni aku dengar ada jugak artis yg buat parody pasal lagi,.x lama lagi Maharaja Lawak Mega 2012 nak start kan,aku konform nyer mesti akan adanyer peserta yg akan menari ala2 Gangnam Style ni haha..kalau korang x caya tengok la nanti,sape2 yg lom tengok vedio ni korang le tengok kat sini,,peace ^_^
TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Letak Icon comel cute di chat box mukabuku kawan anda


sebelum tu .. like fanpages aku dulu...ngeh3 . dari hati yang ikhlas ye
Shah{SHM}
kawan kawan hari ni aku belajar benda baru . hehe . buat icon comel di chat box facebook.maybe ramai dah tahu aku ni ketinggalan sikit.tapi tak apa..nak share jugak mana yang tak tahu tu . hehe.. cara nya copy n paste sahaja . ni icon icon cartoon comel - comel . buat masa ni hagemaru,boboi boy xde k.upin ipin ke tak de. ni je yang ada . haha . jom kacau kawan kawan dengan icon icon yang comel ni .

Harimau Malaya --> [[140478612676809]]

Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]] 
Spongebob --> [[334954663181745]] 
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]] 
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]

UPDATE

[[171108522930776]] -------> Trollface
[[164413893600463]] -------> Me Gusta
[[218595638164996]] -------> Yaoming
[[189637151067601]] -------> LOL
[[129627277060203]] -------> Poker Face
[[227644903931785]] -------> Forever Alone
[[100002752520227]] -------> Okay Guy
[[100002727365206]] -------> Challange Accepted
[[208551699231052]] -------> (d)
[[100003281387902]] -------> (smirk)
[[149615398444588]] -------> (wary)
[[147753965332916]] -------> (dhat)
[[211804458902220]] -------> (cd)
[[333708903307152]] smirk
[[131741810275104]] xp
[[300983063279872]] mario8
[[119793161471522]] cool
[[144264815683239]] maniac
[[164288477004432]] Cd
[[157618067676266]] xD
[[134695813311979]] Hmm
[[138413752938532]] chew
[[138413752938532]] ksmirk
ni je lah yg dpt di kongsi selamat mencuba good luck =D

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Sory Lama Tak Update Blog :(

hi korang semua sory la dah lama Shah x update blog ni...Shah x update sebab shah dimasukan ke hospita kerana inggin membuat pembedahan..Shah menghadapi kenser tulang,,tetapi alhamdulilah kenser tu telah di buang korang nak tngok gambar Shah ha kat bawah ni....
tu dokter lukis tulang yg mna nak ke ne buang

ni lepas opperetion

ni kesan jahitan

panjang kan jahitan tu,,shah mula2 tengok pun takut..tp sekarang ni hah dah ade kat rumah,,sebok pulak main game ni ha
  
ha ni lagi mage shah gah layan,sebab tu la shah jarang update sory ok kwn2..ok lah sampai sni je ok,,ok chau assalammuailum =D


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Konsep Pentas ABPBH 2011

                               Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua




jeng3.....korang semua mesti tahu kan yg 8/4/2012 ABPBH akan berlansung secara langsung pada jam 9 mlm kat tv3...tp korang tau x konsep diaorang punye pentas mcm mana???
yg Shah dengar la kan konsep diaorang bertemakan bandar atas air hmm betul ke?? kalau betul la kan dah mcm tema AJL pulak kan...Pelik lah kenapa tahun ni semua nye bertemakan air??

 


 
ni gambar yg Shah dpt kat salah satu laman web...apa2 pun Shah malas la nak ckp byak kalau korang nak tau lagi  pasal konsep ABPBH ni korang klik sini

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Saya Nak Doodle Korea

 

Warna:Hijau
Nama:Shah[SHM]

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

KANAK KANAK LELAKI BERUSIA 2 TAHUN MATI LEMAS DI TASIK TITIWANGSA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Shah nak cerita ni,tadi time lepak gan family kat depan tv dengar lagi satu cerita pasal budak meniggal,ish2  x abis pasl budak-budak ni..tp ni meniggal disebab kan lemas,kalau nak tau mcm mana boleh lemas korang baca bawah ni...
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Pada kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ,” katanya kepada pemberita, Khamis.
Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi...nak tau lagi klik sini,tp kan shah pelik lah ape yg parents budak ni buat sampai boleh lupa kan anak dia sendiri.tp kan korang nampak tak umur ibu budak tu berapa mcm budak remaja je... hmmm ape2 pun mari lah kita memberikan al-fatihah kepada kanak2 yg malang  tu...



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Segmen : Saya Nak Doodle Apit

NAMA : SHAH[SHM]
WARNA : HIJAU





TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!






NAK JOIN KLIK BANNER



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Contact

PERHATIAN! ada apa-apa pertanyaan sila cari saya di :

Facebook :










Fan Pages :



     

KLIK PADA GAMBAR :D


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

TENTANG SHAH [SHM]





  • Nama :Shahrull Hasmizi Bin Maarif
  • T/Lahir :03/02
  • Stay :Melaka
  • Mula Blogging : Awal 2012
  • Hobi : Melayari Internet



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Tempahan Di Shah[SHM]



Untuk maklumat anda semua, saya menerima tempahan bagi sesiapa yang mahu membuat tempahan :


Header Simple 

  •  text only : RM 3.00
  • text+picture :RM 7.00

Cover Timeline picture
  • text only : RM 5.00
  • text+picture : RM10.00

PEMBAYARAN :
  • Pembayaran boleh dibuat sebaik sahaja tempahan berada dalam separuh siap, NOTIS PEMBAYARAN AKAN DIBERI!
  • Semua Pembayaran Tempahan Melalui Topup Maxis,No Telefon akan diberi sebaik sahaja penempah bersetuju membuat tempahan. 
Syarat membuat tempahan :


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Teka-teki palng susah

Teka teki. Jom kita main teka teki. Jom jom jom. Sekali sekala nak jugak menguji minda yang agak agak tumpul tu. Sila sila teka jawapan. Wakakaka.
 (1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?




 
(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?

(3) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?


(4) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?


(5) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?

\
Wow. Teringat zaman budak budak. Gila main teka teki sampai gaduh gaduh nak jugak jawapan masing masing betol. HohO. Suka suka.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Keajaiban Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.

“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9




TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

[FOTO] Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani

seperti tajuk di atas tu.. ini dia antara koleksi - koleksi gambar Perkahwinan Yusry Dan kak Lisa yang Isya  ada .. Jom Tengok .. Selamat Pengantin baru ~







SELAMAT PENGANTIN BARU  YUSRY  Dan LISA .. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu ..

ok sampai situ saja Entry  buat kali ini..  



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

KDN Haramkan Buku Kanak-Kanak 'Where Did I Come From'



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku pendidikan seks 'Where Did I Come Form' kerana dipercayai boleh menjejaskan moral dan kepentingan awam.
Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, pengharaman itu dibuat mengikut Akta Penerbitan dan Media Cetak.
Di bawah aktar tersebut, sesiapa saja yang didapati mengedar buku-buku tersebut boleh didenda tidak lebih RM20,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada Selasa, KDN telah mengarahkan semua kedai buku menarik balik penjualan buku kanak-kanak tersebut berkuatkuasa serta merta.
Abdul Rahim berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak kementerian selesai menjalankan kajian ke atas kandungan buku berkenaan.
"Sehingga satu keputusan muktamad mengenainya dibuat, semua kedai buku diarahkan supaya menghentikan penjualannya buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini..

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

PETUA BUANG VIRUS DI FACEBOOK

haish..korang dapat x chat yang pelik2 x?? saya berlambak-lambak dapat..saya jumpa satu artikel di FACEBOOK pasal cara nak buang virus tu di Facebook masing-masing..senang je caranya..meh baca..

[image[17].png]

Page ini sengaja diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran para pengguna Facebook untuk lebih berhati-hati terhadap virus Facebook atau lebih tepat lagi Facebook worm yang semakin merebak sekarang ini. Ia bermula apabila anda klik pada link yang anda peroleh samada di wall, chat, message atau event. Biasanya, ia berbunyi "hello, please click here to see who view your profile". Apabila anda klik link tersebut, virus tersebut sudah memasuki akaun Facebook anda. Virus tersebut dibina diatas platform Application menggunakan kod-kod tertentu.
Jadi, cara untuk membuangnya amat mudah sekali.
1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda.
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings.
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting.
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps.
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas adalah yang terbaru)
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut.
7) Klik Remove.
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.
InsyAllah, cara tersebut berkesan. Jika ada cara yang lebih berkesan, sila post di wall page ini.
Sekian.... 

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Saya Join, Pasti Dapat Doodle





Nama Panggilan Anda : Hasmizi
Negeri Kelahiran : Melaka
Warna Kesukaan : Merah


Tagged dekat Dia, Kamu, Awak


nak join klik sini -  Saya Join, Pasti Dapat Doodle!!



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Facebook Nak Tutup ?

First time aku dengar cerita facebook nak tutup ni aku dah tergelak gelak dah. yo yo oh je ah facebook tu nak tutup. bodoh ah Mark tu kalau dia tutup facebook dia dan lagi bodoh pada orang yang percaya Facebook akan ditutup bulan Mac ni (konon nya)


Bila dengar facebook nak tutup pon dah tahu benda tu rumours. buat apa dia nak tutup sedangkan dah berjuta juta orang tengah guna facebook ni all over the world? Myspace yang agak kepupusan melanda sekarang ni pon si Tom tu tak tutup lagi. Tapi kalau Myspace bakal ditutup bulan Mac ke hape aku percaya. Kalau mark tu nak tutup facebook jugak aku rasa dia memang buang tebiat


Aku rasa Mark tu dah kaya sekarang. budak tadika sampai ke nenek/atuk ada facebook sekarang. tu baru dekat Malaysia. tak campur negara lain yang banyak penduduk tu lagi.


Actually, kalau dari segi blog pulak, aku rasa facebook banyak membantu jugak ah. boleh kata semua blogger ada account facebook. nak share and like button dekat blog pon boleh. semua pengaruh facebook. buat apa la aiiii si Mark tu nak tutup facebook?


 #damnitsfunny 
TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Haram Wanita Memakai Loceng Kaki



Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam.

Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang pakaian wanita muslim boleh lihat di sini dan di sini.
 

Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)

Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.




Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"(Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Lihat artikel lain berkaitan masalah ini di sini.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Ice Cream Magnum Haram Atau Tidak??



Assalamualaikum w.b.t
Untuk makluman pihak anda, aiskrim magnum telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal dari MUI iaitu majlis Agama Islam Indonesia. Mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengesahan halal, maka sijil logo halal dari malaysia sudah tidak diperlukan lagi. Jakim mengiktiraf sebanyak 34 badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim di luar Negara. Untuk maklumat lanjut anda boleh mendapatkan senarai nama badan-badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim di luar Negara melalui laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php, anda boleh terus klik pada menu pengguna dan cari senarai nama badan Badan Islam yang diiktiraf.
Kod yang bermula dengan huruf E adalah khusus kepada tumbuh-tumbuhan. Wallahua'lam...


credit 100% : http://www.islamgrid.gov.my/
TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir??

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.
Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).
Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.
Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).
Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).
Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.
Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.
Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.
Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.
Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?
Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.
Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.
Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini. 


Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.
” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.
” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.
” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.
Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.
Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.
Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.
“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.
Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.
Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.
Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”


OLEH:SHAHRULL HASMIZI....

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...