KDN Haramkan Buku Kanak-Kanak 'Where Did I Come From'



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku pendidikan seks 'Where Did I Come Form' kerana dipercayai boleh menjejaskan moral dan kepentingan awam.
Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, pengharaman itu dibuat mengikut Akta Penerbitan dan Media Cetak.
Di bawah aktar tersebut, sesiapa saja yang didapati mengedar buku-buku tersebut boleh didenda tidak lebih RM20,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada Selasa, KDN telah mengarahkan semua kedai buku menarik balik penjualan buku kanak-kanak tersebut berkuatkuasa serta merta.
Abdul Rahim berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak kementerian selesai menjalankan kajian ke atas kandungan buku berkenaan.
"Sehingga satu keputusan muktamad mengenainya dibuat, semua kedai buku diarahkan supaya menghentikan penjualannya buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini..

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...