Ice Cream Magnum Haram Atau Tidak??



Assalamualaikum w.b.t
Untuk makluman pihak anda, aiskrim magnum telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal dari MUI iaitu majlis Agama Islam Indonesia. Mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengesahan halal, maka sijil logo halal dari malaysia sudah tidak diperlukan lagi. Jakim mengiktiraf sebanyak 34 badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim di luar Negara. Untuk maklumat lanjut anda boleh mendapatkan senarai nama badan-badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim di luar Negara melalui laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php, anda boleh terus klik pada menu pengguna dan cari senarai nama badan Badan Islam yang diiktiraf.
Kod yang bermula dengan huruf E adalah khusus kepada tumbuh-tumbuhan. Wallahua'lam...


credit 100% : http://www.islamgrid.gov.my/
TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir??

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.
Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).
Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.
Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).
Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).
Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.
Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.
Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.
Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.
Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?
Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.
Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.
Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini. 


Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.
” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.
” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.
” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.
Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.
Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.
Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.
“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.
Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.
Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.
Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”


OLEH:SHAHRULL HASMIZI....

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

MISTERI HAJARUL ASWAD

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) 


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Lepas pelukan setelah dipujuk


ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.
GEORGE TOWN – Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Gandingan Aaron, Siti Saleha Dan Fouziah Gous Dalam Kerat 14

Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti Saleha dengan turut dibantu oleh Fouziah Gous. Namun, untuk pengetahuan anda, buat masa ini Aaron sedang sibuk dengan penggambaran yang masih menggabungkan mereka bertiga dalam filem ‘Kerat 14′.

Filem ini ialah merupakan sebuah filem psiko-thriller tentang seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian untuk melupuskan bukti. Filem ini khabarnya juga turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami. Jadi, Aaronators tak dapat menonton Aaron sebagai lelaki macho dan romantik yang membuatnya menjadi kegilaan wanita sebelum ini. Mungkin wataknya nanti penuh keji dan bermandi darah?
Nampaknya tawaran berlakon untuk Aaron tetap lebat dan ini membuktikan yang besar kemungkinan tahun ini tetap menjanjikan populariti untuk Aaron. Apa pun, sekurang-kurangnya kali ini watak Aaron tampak menarik, kami berpendapat mungkin dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-katanya bagi bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak .

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Rebut Geomaget Dijangka Landa Bumi

Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.


Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.


Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.


Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.


Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.


Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya.


Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...