Teka-teki palng susah

Teka teki. Jom kita main teka teki. Jom jom jom. Sekali sekala nak jugak menguji minda yang agak agak tumpul tu. Sila sila teka jawapan. Wakakaka.
 (1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?




 
(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?

(3) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?


(4) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?


(5) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?

\
Wow. Teringat zaman budak budak. Gila main teka teki sampai gaduh gaduh nak jugak jawapan masing masing betol. HohO. Suka suka.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Keajaiban Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.

“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9




TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

[FOTO] Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani

seperti tajuk di atas tu.. ini dia antara koleksi - koleksi gambar Perkahwinan Yusry Dan kak Lisa yang Isya  ada .. Jom Tengok .. Selamat Pengantin baru ~







SELAMAT PENGANTIN BARU  YUSRY  Dan LISA .. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu ..

ok sampai situ saja Entry  buat kali ini..  



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

KDN Haramkan Buku Kanak-Kanak 'Where Did I Come From'



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku pendidikan seks 'Where Did I Come Form' kerana dipercayai boleh menjejaskan moral dan kepentingan awam.
Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, pengharaman itu dibuat mengikut Akta Penerbitan dan Media Cetak.
Di bawah aktar tersebut, sesiapa saja yang didapati mengedar buku-buku tersebut boleh didenda tidak lebih RM20,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada Selasa, KDN telah mengarahkan semua kedai buku menarik balik penjualan buku kanak-kanak tersebut berkuatkuasa serta merta.
Abdul Rahim berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak kementerian selesai menjalankan kajian ke atas kandungan buku berkenaan.
"Sehingga satu keputusan muktamad mengenainya dibuat, semua kedai buku diarahkan supaya menghentikan penjualannya buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini..

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

PETUA BUANG VIRUS DI FACEBOOK

haish..korang dapat x chat yang pelik2 x?? saya berlambak-lambak dapat..saya jumpa satu artikel di FACEBOOK pasal cara nak buang virus tu di Facebook masing-masing..senang je caranya..meh baca..

[image[17].png]

Page ini sengaja diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran para pengguna Facebook untuk lebih berhati-hati terhadap virus Facebook atau lebih tepat lagi Facebook worm yang semakin merebak sekarang ini. Ia bermula apabila anda klik pada link yang anda peroleh samada di wall, chat, message atau event. Biasanya, ia berbunyi "hello, please click here to see who view your profile". Apabila anda klik link tersebut, virus tersebut sudah memasuki akaun Facebook anda. Virus tersebut dibina diatas platform Application menggunakan kod-kod tertentu.
Jadi, cara untuk membuangnya amat mudah sekali.
1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda.
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings.
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting.
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps.
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas adalah yang terbaru)
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut.
7) Klik Remove.
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.
InsyAllah, cara tersebut berkesan. Jika ada cara yang lebih berkesan, sila post di wall page ini.
Sekian.... 

TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Saya Join, Pasti Dapat Doodle





Nama Panggilan Anda : Hasmizi
Negeri Kelahiran : Melaka
Warna Kesukaan : Merah


Tagged dekat Dia, Kamu, Awak


nak join klik sini -  Saya Join, Pasti Dapat Doodle!!



TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Facebook Nak Tutup ?

First time aku dengar cerita facebook nak tutup ni aku dah tergelak gelak dah. yo yo oh je ah facebook tu nak tutup. bodoh ah Mark tu kalau dia tutup facebook dia dan lagi bodoh pada orang yang percaya Facebook akan ditutup bulan Mac ni (konon nya)


Bila dengar facebook nak tutup pon dah tahu benda tu rumours. buat apa dia nak tutup sedangkan dah berjuta juta orang tengah guna facebook ni all over the world? Myspace yang agak kepupusan melanda sekarang ni pon si Tom tu tak tutup lagi. Tapi kalau Myspace bakal ditutup bulan Mac ke hape aku percaya. Kalau mark tu nak tutup facebook jugak aku rasa dia memang buang tebiat


Aku rasa Mark tu dah kaya sekarang. budak tadika sampai ke nenek/atuk ada facebook sekarang. tu baru dekat Malaysia. tak campur negara lain yang banyak penduduk tu lagi.


Actually, kalau dari segi blog pulak, aku rasa facebook banyak membantu jugak ah. boleh kata semua blogger ada account facebook. nak share and like button dekat blog pon boleh. semua pengaruh facebook. buat apa la aiiii si Mark tu nak tutup facebook?


 #damnitsfunny 
TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Haram Wanita Memakai Loceng Kaki



Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam.

Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang pakaian wanita muslim boleh lihat di sini dan di sini.
 

Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)

Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.




Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"(Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Lihat artikel lain berkaitan masalah ini di sini.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.


TERIMA KASIH DAUN KELADI,KALAU SUKA LIKE SEKALI :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...